Rindu... Bila sebut je perkataan rindu... mesti ade yang tersengeh.tapi ade juga yang memberi reaksi berlainan. kerana rindu kita senyum.kerana rindu juga kita mampu menangis. rindu pasti berkait rapat dengan cinta. Cinta ... skopnya amatlah luas.nak diterangkan memang tak termampu olehku si insan kerdil ini. dan memang tidak terlintaspun untuk aku merungkainya disini. Rinduku harini bukan pada insan. Rinduku pada tempat. tempat yang indah dan mampu memberi ketenangan sementara untuk aku. Pulau Perhentian. Tidaklah jauh dari tempat tinggalku.tetapi kadang masa dan waktu tidak mengizinkan aku kesana. Bilakah ade kelapangan waktu untuk aku berkunjung lagi? Jomla kalau nak join.... :) Gambar hasil mengoogle Dia memberi hanya apa yang diperlukan