Skip to main content

Oh..... sampai bila lagi dapat ku tahan...?

Entri kali ni: luahan kata hati...



Tajuk entri yang agak luas maknanya. tajuk yang menggambarkan.... sudah lama memendam rasa dan menunggu waktu yang sesuai untuk dilepaskan.sebagai contoh: menahan kentut didalam lif yang dipenuhi manusia.

tapi entri ku ni takder la nak cerita pasal benda alah tu.
aku nak citer cabaran dunia kerjayaku.......yakni Jururawat. Takder masalah ngan kerjaya itu sendiri tetapi bila mana lelaki menceburi bidang ni.sedar tak sedar kewujudan jururawat lelaki di negara tumpah darah ki ni dah menjangkau 8 tahun.masih baru lagi.

kisahku sendiri.menjadi kumpulan lelaki pertama yang ambil course ni kat KOLEJ, banyak cabaran dan dugaan. Diejek sudah jadi makanan telinga harian..... Syukur dalam kumpulan kami takderk yang kecundang ditengah jalan, walau ader seorang dua yang menyatakan hasrat, tapi dihalang rakan lantas dilupainya.

Bila dah start keje.... macam biasa.orang baru.buat cara orang baru.orang suruh kau buat.orang marah, jangan kau mencabar.sudah adat si JUNIOR kan.... takper la... untuk pengalaman dan kemahiran, telan ajer.

Hari mula bekerja.... dipanggil, staffnurse.Pergh.... lain rasa woo...... gumbira pun ada. tapi yang kuat terasa ialah tanggungjawab yang tergalas.Besar.Menjaga pesakit,bukan semudah disangka.Berbekalkan ilmu yang diajar,sepatutnya mampu menggalasnya..... tergantung diri, nak guna pakai ilmu yang diberi atau tidak.
awal-awal kerja dulu... bila makcik pakcik panggil kitorang doktor.kembang kempis gak hidung jap walau hakikatnya kami Nurse.' Ada chan nak jadik menantu' terdetik dihati bila mana anak makcik yang menunggu memukau hati.

part kerja memang best.tolong orang,bantu orang,kenal ramai orang, disayangi pesakit,dihargai dan segalanya.

tapi... masih ada kekurangan bagiku. mungkin kerna egoku.ego seorang lelaki.

bila dah jadi antara lelaki pertama menceburi bidang ni, maka senior anda dan boss anda sudah pasti semua pompuan/wanita/gadis/awek/makcik/nenek dll.
macam biasa...lumrah dunia.kita tahu kaum hawa ni, diorang ade perangai yang tak berapa enak bagi kaum lelaki. antaranya:

mengumpat/mengata - hari hari datang kerja,mencari pahala tersedia.tapi dah sampai tempat kerja, dengar segala jenis umpatan kiri serta kanan.tak pasal pasal dapat @#&*

membebel - senjata utama kaum hawa.membebel sampai hati rasa puas.kadang-kadang boleh bawa sampai berminggu minggu.nak nak kalau jadik boss.... pergh.... cair taik telinga.membebel plak ngan nada dan suara yang tak berapa nak slow.kuat dan lantang of course.


ungkit/berkira - tak semua mungkin.tapi kebanyakan. takleh tahan woo........

dan banyak lagik la perangai perangai yang kaum adam harus tangani.ala..... korunk tahu la ape lagi.banyak woo.....

seorang lelaki.korunk toksah tipu la.
payah kita nak terima arahan kaum hawa. ARAHAN diulangi ARAHAN.
memang payah.berat + sakit + tak berapa boleh nak terima. sebab mungkin itu azali kami kaum lelaki.

tapi kami sedia menerima, pujuk , nasihat atau diminta pertolongan/ dirayu dan lain lain la... kecuali ARAHAN.*cam poyo la pulak.tapi itulah lelaki...

tapi dalam banyak dugaan tu pun... dah 5 tahun aku kerja nurse nie.Allhamdulillah.diberi kekuatan tuk tempuh segalanya.ku doa agar biarlah kekuatan ini berpanjangan, kerna ku tak tahu tanpanya, dapatkah aku terus stay kat sini.



Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

lady-D said…
dla kdg2 syukur gak sbb kat unit dla just dla je perempuan sbb perempuan ni mmg suke bergossip walaupun x sume..ntahla, bile dh kumpul ramai2 mmg jd gitu..
p/s : dla ni mek budulahhh..hehe..keje je kat tganu
Anonymous said…
tabah kan hati.
tu la. time yaya prctical kt husm aritu pn keno gtu jgk. sapa nangis2 ko matron. hehe.
Unknown said…
cik ya: apa jalan penyelesaiannya dik ya? tahu tak?

dla: OOoo.... dekat jerk.boleh balik hari2... hehehehhe

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu...

The Blue Empire

Assalamualaikum... banyak hutang sebenarnya ngn blog and dia jugak... tq for sabar menunggu Blue .... its about colour rite... kalau guna otak sempit kekuningan... maknanya lain... jangan guna otak tu aku suka kaler biru. kenapa aku suka? sebab bila biru je suka hati aku....asal biru je comey bagi aku. tapi tak bermakna la warna lain jadik huduh ok... and please jangan cuba cuba kaitkan warna biru ngn politik. aku berjiwa putih.... walau berdaftar tapi haram x pernah sekali pun gi mengundi. bahan bukti: kasut joggingku Kasut Futsalku Kereta kiutku ( kelly nama dia) kelang mimpiku - * pandang bahagian tengah sahaja.. tepi tepi sila ignore. bilik jantan. do not expect more ok :p Nak lagi ke? tak perlu da kut... cukup.... nanti gambar ntah ape ape yg kluar.... ok... maksud warna biru lebih kurang macam nilah: Warna Biru Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di sam...

Happy Eid Mubarak

P esanan Jibril a.s buat Nabi saw.ketika hadirnya ramadhan jangan tinggal memohon maaf dengan 3 golongan 1- mohon maaf dari kedua ibu-bapa 2- mohon maaf sesama suami isteri 3- mohon maaf kepada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada disekeliling kita. Selamat berpuasa..... dan maafkan ku atas kesilapan zahir dan batin....... semoga kita semua dilindungi keberkatan Ramadhan Dia memberi hanya apa yang diperlukan