pandangan sisi belakang |
pandangan sisi depan |
memang sememangnya nampak cool |
Bilo tengok rupa bendalah ni.... wow BIG WOOOW...
Gagah perkasa.....
motor ni hanya boleh dikategorikan sebagai 'concept vehicle' sahaja.kenapa? sat gi tahu.....
Syarikat yang bertanggungjawab melahirkan jentera ni ialah DODGE.
jentera ni mula dipertontonkan pada khalayak ramai pada tahun 2003 kat North American international Auto Show yang berlangsung kat Detroit, Michigan.
Rupanya memang la sangat futuristic dan unik.kalau den pakai, for sure orang pandang tak lepas.pada moto la,.. bukan pada den.hehehe
Yang lagi tak tahan jentera ni diberi nadi dari Dodge Viper yang mampu melepaskan kuasa yang amat liar dan ganas.500hp (373kW) atau 5600rpm 8.3 L V10 SRT10.bapak ganas...
top speed anggaran 480km/j.torque 525lb.laju babe......transmission manual 2 gear shj.
bila dah laju ni, sistembrake pun kena power.
brake bahagian hadapan menggunakan disc 16piston dan belakang disc 8 piston.
Tang tayar pun pelik.Jentera ni ala ala kereta pasai beroda 4.2 depan dan 2 belakang.
panjang keseluruhan jentera bapak ganas ni 102 inci, lebar 27.7 inci dan ketinggian 36.9 inci.
besar kan? bila dah besar mesti la berat.jentera ni bila ditimbang dengan tangki minyak penuh = 680kg
kalau terbalik... aku pasti yakin ku pasti...... terB.O (bowel open) la jawabnya.confirm tak dapat angkat punyo.
tangki minyaknya mampu diisi dengan minyak sebanyak 12.3 L.
Bila dah power dan cun mcm ni.Harga pun kaw kaw la.Modal tuk hasilkan jentera ni USD200,000 tapi dijual di pasaran dengan harga USD550,000 mengikut maklumat dari Neiman Marcus Catalog sekaligus menjadikan jentera ni sebagai Motorsikal TER MAHAL di Muka Bumi ni setakat hari ini.
Teruja... memang teruja nak try bawak bendalah ni mahupun memilikinya.tapi sayang seribu kali sayang.
sehingga kini, tiada negara pun dalam dunia ni termasuk negara yang menciptanya tidak meluluskan jentera ni dibawa di jalan raya.JPJ mana sanggup nak kejar? memang tak terkejar.
atas sebab tu la... jentera ni dikategorikan sebagai concept vehicle jerk.walaupun begitu dah 9 bijik dah terjual.
bila nak diluluskan agaknya.????
Dia memberi hanya apa yang diperlukan
Comments