Skip to main content

Sawang Sawang banyak

Giler lama aku biarkan blog aku ni.dah bersawang berhabuk dah ni.
orang ada blog... engkau nak ada juga.taknak kalah lah konon.
tapi sekarang ko tengok.... apa dah jadik.
em..... sorry la.... bukan taknak update. bukan taknak masukkan entri entri baru.
tapi dari bulan Mei sampai la minggu lepas.kehidupan aku macam berkecamuk sikit.
tugasan bertimbun.saban minggu ada aje kerja yang aku harus buat dengan teliti,tepat jua jitu.
almaklumla..... bos bos aku semuanya perempuan. so agak cerewet la.
bukan ke best kalau dapat bos lelaki.
walau sedikit garang,... tapi boleh je bertolak ansur.simple dan janji siap and berjalan lancar.
aku rasa kebanyakan bos lelaki macam tu jer.
tapi tak semua.ada juga bos lelaki yang agak agak tak berapa nak center.senget juga. hahaha.
apa apa pun aku happy... sebab minggu ni aku dah tak sebusy biasa.sempat la otak aku nak pikir2 ayat, dan mencurah kata kat sini.
hujung minggu lalu.... aku melabuhkan tirai kesibukan ku dengan trip ku ke Perhentian Island.
Sangat la sangat la best. TQ to all my friend yang sudi teman aku kat sana. Long Beach babeh.....
memang best. tapi kalau bawak family tak sesuai la kut duk Long Beach. Party Island. hahhahahah
next entri aku citer sikit bab trip tu K. ok then... daaa ~~~~~~ //\//~~~~~~~
Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu...

The Blue Empire

Assalamualaikum... banyak hutang sebenarnya ngn blog and dia jugak... tq for sabar menunggu Blue .... its about colour rite... kalau guna otak sempit kekuningan... maknanya lain... jangan guna otak tu aku suka kaler biru. kenapa aku suka? sebab bila biru je suka hati aku....asal biru je comey bagi aku. tapi tak bermakna la warna lain jadik huduh ok... and please jangan cuba cuba kaitkan warna biru ngn politik. aku berjiwa putih.... walau berdaftar tapi haram x pernah sekali pun gi mengundi. bahan bukti: kasut joggingku Kasut Futsalku Kereta kiutku ( kelly nama dia) kelang mimpiku - * pandang bahagian tengah sahaja.. tepi tepi sila ignore. bilik jantan. do not expect more ok :p Nak lagi ke? tak perlu da kut... cukup.... nanti gambar ntah ape ape yg kluar.... ok... maksud warna biru lebih kurang macam nilah: Warna Biru Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di sam...

Happy Eid Mubarak

P esanan Jibril a.s buat Nabi saw.ketika hadirnya ramadhan jangan tinggal memohon maaf dengan 3 golongan 1- mohon maaf dari kedua ibu-bapa 2- mohon maaf sesama suami isteri 3- mohon maaf kepada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada disekeliling kita. Selamat berpuasa..... dan maafkan ku atas kesilapan zahir dan batin....... semoga kita semua dilindungi keberkatan Ramadhan Dia memberi hanya apa yang diperlukan