Skip to main content

Nak Tinggal Dimana Selepas Kahwin?

Ada tak orang kat dunia ni tidak ingin berpasangan?
tentu tentu nya tidak wujud... sebab naluri itu memang semulajadi ada dalam lubuk hati masing masing.
kalau ada tu .... masaalah la tu. Masaalah apa? itu taknak sentuh... itukan benda peribadi... bila dah nama peribadi... ianya unik mengikut insan tersebut... kan ? kan? hihi

back to the topic...

Perkahwinan atau pernikahan itu mengikut bayanganku yang masih bujang... amatlah indah.
mana tak indah kalau dapat hidup bersama pasangan yang dicintai rite?

benda paling hot dibincangkan adalah life after marriage...
benda hot dan benda paling penting dalam perkahwinan....


dimana mau tinggal selepas kahwin? emmmpppp.... let see

kalau dirumah mertua / parent.... pasti ada kelebihan dan kekurangannya....

kelebihan tinggal bersama mereka:
  1. Jimat duit la sikit... tak perlu beli or sewa rumah lain
  2. Kos hidup pun kongsi ramai-ramai
  3. Segala fasiliti yang diperlukan dalam sebuah rumah sudah tersedia cantik jer... 
  4. Kalau nak tinggal rumah pergi kerja or outstation dah ada orang nak tolong jaga anak bini
  5. Ada orang yang akan bagi nasihat itu ini kalau ada yang tak kena situ sini
  6. Tak perlu nak berdikari sangatlah kan ... sebab parent pun masih disisi... so perangai zaman bujang tu boleh lagi lew diteruskan sikit sikit.
  7. Bolehla anda sebagai anak jaga parent or mertua anda .... 
kekurangan:
  1. Perlu komitmen lebih sikit tang duit, tang masa, tang bertang tang lagilah...
  2. Kalau nak tinggal rumah... for sure la otak serabai pikir anak bini ... kesian biniku duk sorang2 kat rumah...
  3. Kena berdikari ... segala masalah, segala kerumitan mahupun kesulitan... maka diatas batu jemala kamulah fikir dan selesaikannya.
  4. Yang ni paling tak best .... biasanya pasangan akan rasa kurang best ... ye la ... mula mula tu pasti rasa macam orang menumpang.... nak nak kalau dilayan macam orang menumpang... plus ada pulak perkara yang tak dapek dia nak buat sama seperti dirumahnya dulu... maka mencukalah beliau.


Kalau tinggal sendiri / beli umah sendiri / sewa umah lain

kelebihanya:
  1. Boleh belajar berdikari.... bila lagi kau nak berdikari...
  2. Privasi tak perlu ceritalah... memang privasi habis...
  3. Macam mana kau nak bentuk keluarga kau ... boleh ikut suka hati. ikut kehendak kamu dan pasangan. tak ada banyak orang lain nak campur tangan.
  4. Kepuasan mendirikan rumah tangga yang maksima ... payah nak ceritalah ... pendek kata ... itulah rasa berumah tangga.
kekurangan:
  1. Onkos atau kewangannya secara automatik menjadi lebih besar. maka sediakanlah payung sebelum hujan... 
  2. Kalau ada masalah... tanggunglah sendiri. dah takdak orang lain nak tolong campur tangan.


* walau apa pun pilihan anda.... ada banyak lagi faktor lain yang harus dititik beratkan...
Kalau anda belum lagi mempunyai tahap kewangan yang memuaskan contohnya ... maka option untuk tinggal bersama parent sangatlah disyorkan ...

* kalau ada nak tambah sila tambah diruangan komen... heheheh... kita kongsi kongsi la yerp pendapat kita bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu...

The Blue Empire

Assalamualaikum... banyak hutang sebenarnya ngn blog and dia jugak... tq for sabar menunggu Blue .... its about colour rite... kalau guna otak sempit kekuningan... maknanya lain... jangan guna otak tu aku suka kaler biru. kenapa aku suka? sebab bila biru je suka hati aku....asal biru je comey bagi aku. tapi tak bermakna la warna lain jadik huduh ok... and please jangan cuba cuba kaitkan warna biru ngn politik. aku berjiwa putih.... walau berdaftar tapi haram x pernah sekali pun gi mengundi. bahan bukti: kasut joggingku Kasut Futsalku Kereta kiutku ( kelly nama dia) kelang mimpiku - * pandang bahagian tengah sahaja.. tepi tepi sila ignore. bilik jantan. do not expect more ok :p Nak lagi ke? tak perlu da kut... cukup.... nanti gambar ntah ape ape yg kluar.... ok... maksud warna biru lebih kurang macam nilah: Warna Biru Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di sam...

Happy Eid Mubarak

P esanan Jibril a.s buat Nabi saw.ketika hadirnya ramadhan jangan tinggal memohon maaf dengan 3 golongan 1- mohon maaf dari kedua ibu-bapa 2- mohon maaf sesama suami isteri 3- mohon maaf kepada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada disekeliling kita. Selamat berpuasa..... dan maafkan ku atas kesilapan zahir dan batin....... semoga kita semua dilindungi keberkatan Ramadhan Dia memberi hanya apa yang diperlukan