Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Bila si Ayah jua Ibu terasa

Akhbar arini, ade saje bila berita pasal anak derhaka.dimana silapnya. silap ibu bapa yang tak ajar anak mereka, atau silap si anak yang kepalo hotaknya dipengaruhi unsur buruk, atau silap dunia? Malaysia maju.tidak dinafikan.tetapi adakah kemajuan yang kita kecapi arini, seimbang dengan kemajuan fikiran masyarakatnya? adakah itu punca mengapa kita sekarang dah tak pentingkan keluarga? apa yang penting mengejar duit, mengejar kesenangan mengejar kemewahan. orang pakai android, orang pakai kereta megah, hati ni tercuit nak pakai sama. tapi tak mampu. so kerja lebih, kerja haram, kerja tak masuk akal semua hentam. secara tak langsung, keluarga dan diri sendiri terabai. ibu-bapa.. tak diendahkan. itu satu hal.... hatiku tersentuh bila aku mendengar seorang ayah bercerita pasal anaknya. anaknya yang bertahun berkerja tapi tak ade sesen pun dapat dirasa. takder baju sehelai pun menjadi hadiah. bukan dipinta semua itu,... tapi tiada apa pun yg dapat dibanggakan mempunyai anak y

Kaabah... i like tis story

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" "Baitullah tu apa?" ... "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" "Allah ada dalam tu?" "Tak.." "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." "Kamu sembah apa?" "Saya sembah Allah swt" "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" "Pernah.. selalu.." "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" "Tengok perlawanan bola la.." "Di mana?" "Dalam tv la.." "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..

Gugurnya Osama..... reaksi

Semalam.. kita digemparkan dengan berita kematian pejuang islam atau pun penyangak dunia menggelarkan beliau pengganas. Masyarakat barat menyambut berita pemergian beliau dengan pelbagai reaksi. tapi kebanyakannya bersorak kegembiraan.meraikan kemenangan mereka membunuh pemimpin pejuan islam. Reaksi penganut agama islam seluruh dunia? sunyi sepi. sunyi kerana sedih atau ? Aku cuba nak bersikap terbuka. tetapi hati kecil ku merasa sedih.walau ku tak pernah bersua muka, berbicara dengan beliau. sedih kerana saudara seagama telah meninggalkan kita dalam keadaan yang amat menyedihkan. diburu selama 10 tahun.kehidupan yang tak dapat kita bayangkan.dibunuh dengan kejam. kemudian mayatnya dicampakkan di lautan. Gara gara mereka yang kononnya hebat tetapi sebenarnya penakut. Walau apa pun pendapat dunia tentang beliau. bagi aku beliau tetap saudara seagamaku. pengganas atau tidak itu bukan menjadi tajuk cerita. Al-fatihah buat Osama Laden. Semoga Allah menempatkan dia bersama sama or

Stress paling stress?

Stress ataupun tekanan atau jiwa atau tertekan atau serabut dan macam macam lagi la istilah yang sering digunakan. ianya suatu yang normal terjadi.tetapi semua oran tahu kalau tidak ditangani, ia pasti akan menjadi kudis yang bernanah.mengubah diri anda menjadi sesuatu yang pasti anda tidak ingini. contohnya seperti mood yang tidak stabil, tekanan darah tinggi, sakit kepala dan macam-macam lagi. banyak perkara dalam kehidupan kita yang boleh mengundang stress/tekanan tak kiralah ditempat kerja mahupun di rumah. Tetapi terdapat 4 perkara yang utama biasanya mengundang stress. 1. Birth/ Melahirkan anak - memang menggembirakan.memang sesuatu yang ditunggu.tetapi sedar tak sedar banyak perkara selepas melahirkan anak mengundang stress kepada ibu jua si ayah. Dari masa kandungan, si ibu kena ulang alik ke klinik, ke kelas antenatal, memikirkan jantina bakal anak,memilih nama, membeli pakaian dan alatan,menghias bilik, membeli perabot bayi dan sebagainya. anda tidak tahu bila bayi itu a