Skip to main content

Stress paling stress?

Stress ataupun tekanan atau jiwa atau tertekan atau serabut dan macam macam lagi la istilah yang sering digunakan. ianya suatu yang normal terjadi.tetapi semua oran tahu kalau tidak ditangani, ia pasti akan menjadi kudis yang bernanah.mengubah diri anda menjadi sesuatu yang pasti anda tidak ingini.
contohnya seperti mood yang tidak stabil, tekanan darah tinggi, sakit kepala dan macam-macam lagi.
banyak perkara dalam kehidupan kita yang boleh mengundang stress/tekanan tak kiralah ditempat kerja mahupun di rumah. Tetapi terdapat 4 perkara yang utama biasanya mengundang stress.

1. Birth/ Melahirkan anak
- memang menggembirakan.memang sesuatu yang ditunggu.tetapi sedar tak sedar banyak perkara selepas melahirkan anak mengundang stress kepada ibu jua si ayah. Dari masa kandungan, si ibu kena ulang alik ke klinik, ke kelas antenatal, memikirkan jantina bakal anak,memilih nama, membeli pakaian dan alatan,menghias bilik, membeli perabot bayi dan sebagainya. anda tidak tahu bila bayi itu akan lahir. mungkin awal, mungkin lewat atau mungkin tepat pada masanya. perlumbaan si ibu dan bapa menyediakan diri untuk menyambut bayi sebelum kelahiran memang sesuatu yang memberi tekanan.

2. Death/ Kematian
- Kehilangan salah seorang ahli keluarga atau rakan adalah sesuatu yang paling tidak diingini oleh sesiapa.Kenangan bersama,manis suka jua duka pasti ada.Ia tidak akan berlalu begitu mudah.Memang memberi tekanan.tetapi tekanan yang menimpa tidak berhenti disitu.tekanan yang lebih akan menimpa kepada ahli keluarga yang akan menguruskan si mati. walau dalam kesedihan.perlu menguruskan urusan mengebumian,mencari si penggali,mencari orang mandikan,mencari jemaah tuk sembahyangkan, menyediakan makan minum orang berkunjung,menelefon sana sini memberitahu berita kematian dan segala bagai lagi.
sedih ditambah dengan tanggungjawab.

3. Perkahwinan
- memang sesuatu yang menggembirakan.sesiapapun di dunia ni akan tersenyum bila bercerita bab kahwin.
Tekanannya. Anda semestinya mahukan majlis perkahwinan anda sempurna.Pilih, mana nak kahwin, masjid atau kat rumah, menguruskan hari perkahwinan,menguruskan jemputan,menguruskan makanan untuk para tamu,pakaian persandingan,saudara mara yang datang,rakan sahabat handai,orang kampung.semua nak difikirkan. tetapi tekanan ni walaupun besar, ianya berbaloi untuk hari istimewa.

4. Pindah Rumah
- yang ni, tekanan nya amat tinggi.stress stress stress.
sesiapa yang pernah mengalaminya pasti akan bersetuju. bermula dengan mengemas rumah yang bakal diduduki.pastikan bersih.basuh cuci mop dan segalanya.kemudian kemaskan barang barang tuk berpindah.masukkan dalam kotak.cabut skru sini sana.label kat kotak takut nanti tertukar dengan sampah.kemudian kena uruskan lori untuk angkut segala perabot dan perkakas letrik.kemudian kena berurusan dengan tuan rumah sewa, langsai segala hutang piutang.berhempas pulas angkut barang ke rumah baru.kemuadian bukak segala kotak dan susun atur semua barang.cuti memang kena rancang.penat tak ingat, tetapi tiba malam hari.. tempat tido pun tiada. sangat stress.stress stress stress


Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana