Skip to main content

Air Ku Selami Walau Hujan MencuRah


6 lane race yang mencabar kewibawaan




keseronokan dan keterujakan yang amat


15 orang semuanya yang ngikut... tapi ada yang xnk bergambar dan belum sampai ke destinasi





makan makan kat area taman cederawasih


Amaran: ENTRY ni Panjang sikit.sila baca dengan sabar dan tekun.

Baru baru ini... ambo dan rakan2 seperjuangan duduk semeja dan berbincang.Pengakhirannya keputusan ramai telah dibuat.GAMBANG water Park menjadi idaman hati walaupun musim tengKUJUH telah menunjukkan rupa.Berbekalkan semangat kental dan keterujaan kami... monsoon timur laut diketepikan.kalau dipandangan masyarakat umum disini... GAPO KHIJOAN GI MAIN AIR MUSIM NI?
air hujan dan air di waterpark tak sama la...... air hujan takderk klorin... heheheheh

Sepakat untuk berkonvoi pada mulanya harus dilupokan dek kerana masalah biasa kami yang bertugas syift tidak dapat bersama2 berkonvoi.ada yang bercuti lebih awal dan ada yang lewat.so... kitorg pun set gather point kat KUANTAN.

Ambo sendiri, hanya menumpang kasih di kereta kawan bertolak jam 5 ptg (waktu Thailand) dari KB... alhamdulillah perjalanan kami ke KUANTAN tidak ade sebarang masalah cuma hujan berderohong sepanjang jalan.Ok gak la... pasal itu mengekang kami memandu ala ala pelumba f1 dek kerna hujang berderohong tadi... *hujang berderohong = hujan lebat

malam tu,.. kami tido kat homestay yang amat selesa di Taman Cenderawasih Kuantan Pahang Malaysia.Terima kasih ku ucapkan buat tokey homestay kerna menyediakan prasarana yang amat baik buat kami semuo heh.... murah tapi selesa bangat.
mana tak murah... dengan hanya berbekalkan RM200, kami diberi 2 bilik yang dilengkapi aircond + 2 katil size permaisuri + 1 ruang tamu + 1 tv lcd + 1set sofa + 3 almari + 1 sterika + 3 bilik air siap de heater lagik + 1 ruang dapu siap ngn water heater teh dan gula + 1 kipas stand + 1 kipas siling + 1 toto narita + 4 bantal extra.Memang terbaek dari ladang.TQ jua buat si adik manis yang men'sudgest'kan homestay ni buat kami.

esok pagi.... berbekalkan semangat dan keterujaan yang memang selalu ada dalam jiwa dan sanubari kami... leh katakan semua yg sertai trip ni bangun awal pagi lagi.ade sorang dua jerk yang lewat dek kerna kepenatan memandu disiang hari.

konvoi.baru leh start konvoi.
kami berkonvoi dari kuantan ke bukit gambang.. yang hanya mengambil masa +- 20 minit.
sampai ajow sanow... kejutan pertama ialah keindahan kawasan bukit gambang tu sendiri.de tasik buatan manusia yang berkeluasan 20 ekar.
Harga tiket masuk ke Gambang waterpark ni amatlah berpatutan = dewasa RM19.90sen dan kanak-kanak RM12.90sen sahaja.
yang paling menarik kat sini ialah sistem smart tag wrist band yang diorang gunakan ( ala .. yang kita pakai kat lengan tu...sama ngn waterpark lain gak)tapi yang istimewanya.. kita tak perlu susah susah bawak duit kehulu dan kehilir bila masuk dalam sana sebab semua bayaran kat dalam nun... menggunakan smart tag wrist band yang kita pakai tu.so kat kaunter tiket tu,... boleh la siap siap kita masukkan kredit kat tag kita tu.tapi jangan risau... kalau tak cukup,... masih bleh di topup ala ala prepaid gak kat dalam sana... ada kaunter disediakan khas utk menopup...

macam biasa la.. peraturan waterpark.xleh bawak mknan dari luar so bag kami diperiksa secara terperinci sebelum masuk.tapi kalau nak bawak gak pun boleh.ada kaunter tempat simpan makanan ya all tu dan dikenakan caj RM 1 hinggit ajew.

kemudahan locker ada disediakan dengan hanya bayaran rm 6 ringgit + deposit rm 4 = rm 10... sangat berpatutan.
locker kat sini pun canggih manggihhhh heh.....
kunci nya berupa ala ala jam tangan.untuk buka locker korunk hanya perlu sentuhkan kunci tu pada scanner yg ade kat locker tu.automatically locker anda akan terbuka... memang canggih.

selepas menyalin pakaian macho kami kepada pakaian seksi untuk mandi...
permainan yg menjadi buruan ialah segala slide slide yang disediakan.berjayakan slide2 yang ada di gambang mengganggu gugat kemachoan kami?

slide yang ada semua, alhamdulillah ok la... kecuali slide nan satu ni. amazing 6 Lane Racer slides diberi nama.cara nak main= dengan hanya berbekalkan semangat dan 1 mat yang disediakan. sebelum korunk menslidekan diri.. akan ada sorunk brader yang akan instruct korunk cam mn nak main benda alah ni.yang trillnye benda alah ni.. korunk kena turun slide ni secara meniarap.. kepalo heh kek depan.
pengalaman ku yang agak chumel cute ( montel ) ni... mmg laju babe... siap melambung2 lagi.memang menguji kemantapan dan keberanian diri.Cuba jangan tak cuba heh.

secara keseluruhan gambang water park ni amatlah seronok dikunjungi bersama kaum kerabat keluarga mahupun rakan taulan.seronok syok gempak dan masyuk......

kami boleh dikatakan mencuba segala kemudahan yang ado didlm tu kecuali makan.sebab nak jimatkan duit poket.makan tunggu bes main air kat luar.. baru jimat cermat namanya.

main air sampai petang.balik homestay... solat + kemas barang + makan ( disponsor oleh bapak mertua kawanku .. terima kasih banyak ) .... berkonvoi secara laju tak ingat melalui jalan pantai balik ke kelate negeri ku.

gambar tak banyak sebab bila dekat ngan air.. xde org berani bawak gadget bernama kamera nie heh... sila sila la tengok.sekian dulu.... daaaaaaaaa (][^_^][)

Comments

Afeeqa said…
Coco beach awesome ! hehe. :D
Unknown said…
YUP YUP.... COCO BEACH.... dalam lak tu....

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana