Warning: Entri kali ni mampu meningkatkan selera makan anda.Jika ingin ber'diet' anda dilarang sama sekali membaca entri ini.Harap Maklum.
Sekarang ni musim hujan mencurah curah di negeriku.Memang begitula tiap tiap tahun.Pantai timur Malaysia menerima kunjungan monsun timur laut yang tiba pada bulan oktober - februari ( aku pakai hentam,pasal dah lupa dah ilmu geografi time sekolah dulu heh )
Dan macam biasalah sebagai seorang manusia biasa, dan aku pun tak tahu asbabnya.. bila musim hujan jer... perut ni mula la senantiasa kelaparan.Dari aku kecik sampai la besar macam ni.... memang macam tu la...
Di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni... bila start jer musim tengkujuh,maka banyaklah kedai dan gerai tumbuh ditepian jalan raya bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Apo yang diorang jual?
Orang kelantan ni.. kalau musim hujan gini.... biasanya kitorang akan makan makanan2 seperti :

Putu Halba
Putu halba ni dibuat dari ubi kayu berintikan gula melaka ( ni'sey : bahasa kelate )
kueh ni best dimakan panas2....
Ubi Kayu Rebus
Ubi kayu yang direbus panas2 kemudian dihidangkan bersama kelapa muda parut.Memang best woo......
Lempeng Tepung
lempeng ni jarang ditemui dijual di kedai mahupun gerai.Biasanya dibuat sendiri dirumah.Mat salleh pun makan.... tempat diorang dipanggil PanCake.
Pisang Goreng
Pisang goreng.Gerai pisang goreng,penuh sesak la kalau musim tengkujuh.
Tea O panas + Biskut Kering
Tea O panas memang menjadi pilihan diminum bersama keluarga bila musim hujan.Biskut kering mesti ada... cecah cecah ngan teh panas... memang best
Sup
Gerai makan yang menyediakan masakan SUP memang menjadi tumpuan bila musim hujan tiba.Orang semua nak tambah lemak bila musim hujan kot....baru badan panas... hehehehhe
Makanan-makanan ni lah yang menjadi makanan kegemaran orang kampungku bila musim tengkujuh.
Ku sendiri pun tanpa disedari... tengah syok duk masukkan entri ni.... air jernih meleleh dari mulut.
Dah dekat lunch hour ni.... tak sabar dah rasa..........
Jom keluar makan.................................................. (][^_^][)
Comments
heidi : sedap..... memang sedap... tak syak lagi