Skip to main content

Teringin bila musim hujan

Warning: Entri kali ni mampu meningkatkan selera makan anda.Jika ingin ber'diet' anda dilarang sama sekali membaca entri ini.Harap Maklum.

Sekarang ni musim hujan mencurah curah di negeriku.Memang begitula tiap tiap tahun.Pantai timur Malaysia menerima kunjungan monsun timur laut yang tiba pada bulan oktober - februari ( aku pakai hentam,pasal dah lupa dah ilmu geografi time sekolah dulu heh )
Dan macam biasalah sebagai seorang manusia biasa, dan aku pun tak tahu asbabnya.. bila musim hujan jer... perut ni mula la senantiasa kelaparan.Dari aku kecik sampai la besar macam ni.... memang macam tu la...
Di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni... bila start jer musim tengkujuh,maka banyaklah kedai dan gerai tumbuh ditepian jalan raya bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Apo yang diorang jual?

Orang kelantan ni.. kalau musim hujan gini.... biasanya kitorang akan makan makanan2 seperti :

Putu Halba

Putu halba ni dibuat dari ubi kayu berintikan gula melaka ( ni'sey : bahasa kelate )
kueh ni best dimakan panas2....

Ubi Kayu Rebus

Ubi kayu yang direbus panas2 kemudian dihidangkan bersama kelapa muda parut.Memang best woo......

Lempeng Tepung

lempeng ni jarang ditemui dijual di kedai mahupun gerai.Biasanya dibuat sendiri dirumah.Mat salleh pun makan.... tempat diorang dipanggil PanCake.

Pisang Goreng

Pisang goreng.Gerai pisang goreng,penuh sesak la kalau musim tengkujuh.

Tea O panas + Biskut Kering

Tea O panas memang menjadi pilihan diminum bersama keluarga bila musim hujan.Biskut kering mesti ada... cecah cecah ngan teh panas... memang best

 Sup

Gerai makan  yang menyediakan masakan SUP memang menjadi tumpuan bila musim hujan tiba.Orang semua nak tambah lemak bila musim hujan kot....baru badan panas... hehehehhe
Makanan-makanan ni lah yang menjadi makanan kegemaran orang kampungku bila musim tengkujuh.
Ku sendiri pun tanpa disedari... tengah syok duk masukkan entri ni.... air jernih meleleh dari mulut.
Dah dekat lunch hour ni.... tak sabar dah rasa..........
Jom keluar makan.................................................. (][^_^][)


Comments

kenapa siksa jiwa raga i??
Unknown said…
pehh.. mknan musim hjn ni mmg sedap..
Unknown said…
ain: siksa kah? ni mesti kaki makan juga ni...hheehe
heidi : sedap..... memang sedap... tak syak lagi

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana