Skip to main content

Ride To Kelantan v.2

Laa ni... tak kira masa,tak kira hari kecuali tengah tengah malam buta jer jalan lengang.kalau tak jam tart nenas memang sentiasa menemani jalan raya di Kota Bharu ni.Orang kata orang kelantan ni ramai miskin.Tapi kereta berlambak atas jalan.Memang propa kenyataan tu.tak tahu camner diorang ukur...tapi bukan itu yang ku nak ceritaiinn harini.
jadi,... kaum lelaki bujang, mahupun berkeluarga sekarang ni ramai yang memilih motorsikal tuk ke tempat kerja.Jimat masa dan jimat duit tuk minyak yang memang mahal sekarang ni.tambahan pula Mesir ngah krisis.Tak terkejut la kalau harga minyak akan naik lagi dalam masa terdekat.
begitu jua dengan aku.ku pakai Yamaha 135LC.kapcai paling power takat hari ni.
LC kelantan Crew.nama komuniti motorsikal tuk pemilik motor Y135LC sahaja di kelantan, antara komuniti motor berjaya di Kelate ni.Ku pun join juga.
KAMI BUKAN REMPIT, KAMI RIDER... apa bezanya? carik sendiri.hehhehe

 


yang nak citer nyer.... 3-5hb Februari 2011, LCKC ni telah menganjurkan program Ride To Kelantan V.2 yang disertai oleh komuniti Y135LC dari Kedah LC Crew (KLC), LC Crew Kuantan (LCCK), dan komuniti dari PERAk,Penang,Terengganu(TLRC) dan turut dijemput sebagai tamu jemputan MyLAMOC Kelantan.V.2 membawa maksud version ke-2, bermakna ini kali kedua program seperti ini dianjurkan.

Program ni bertujuan :
1- Mengeratkan silaturrahim antara kami
2- Mendidik ahli/ peserta berkonvoi dengan betul
3- Mematuhi peraturan lalulintas
4- Mendidik peserta bagaimana berkomuniti
5- Bertukar-tukar pendapat pasal motor dan isu terkini
6- Mempromosi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Kelantan.
7- Mendidik peserta menunggang motor dengan betul dan keselamatan yang perlu diambil ketika menunggang motor.

Program kali ni disertai oleh seramai +- 70 buah Motorsikal

antara tempat yang kami lawati sepanjang program :
Jeram Linang Pasir Puteh,
Pasar Borong Wakaf Che Yeah,
Bebas Cukai Rantau Panjang,
Pantai Seri Tujuh Tumpat,
Masjid China Rantau Panjang,
Dataran Merdeka dan Masjid Muhammadi Kota Bharu,
Medan Usahawan Kota Bharu.



Diharap para peserta berpuas hati dan happy sepanjang program.semoga program yang dijalankan ni memberi sesuatu yang berguna dan kenangan abadi buat anda.cheh wah.........
Alhamdulillah program ni berjalan lancar. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ni.Dan terima kasih jua diucapkan kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memberi kerjasama yang baik kepada ahli konvoi kami dan PDRM yang turut membantu melancarkan program kami.Amin.

Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

cek chun said…
suzuki rc80 boleh join tak..muehehehehe
Unknown said…
uit... boleh jerk nak join... kitorg kawan ngan semua jenis kenderaan darat... air ngn udara.. xleh follow.. hehe

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana