Skip to main content

After TwO MontH PLUS 3 Tips

Amaran: Entri ini untuk insan yang ingin kurangkan ... kalau nak tambah jangan baca....

Assalamualaikum.... and good morning / afternoon / evening ... *bergantung time bile tuan hamba baca entri hamba ni (",)
( Salam wajib dijawab bagi yang muslim shj.)
ehehhehe.... ok
Salam Ramadhan buat Muslimin dan Muslimat.....
Apa yang lepas dua bulan .............?
bukan berkaitan dengan umur kandunganataupun seangkatan dengannya....
for those who following my blog ... * macam ramai aje....
hahahha... tutup mata tutup telinga... anggap ramai... baru hati senang... ;p

ok... back on track....
hamba kan on a mission ... mission mengecilkan badan hamba yang gedabak rabak ni....
so after 2 bulan ++ ni.... tambah campur tolak bahagi jangan darab ... + - 16kg already suda berjaya dibuang.... bunyi macam banyak kan... tapi kalau tengok daku... perubahannya perlu banyak lagi... baru secoet aje tu..... Insyaallah.. amin.

dalam perjalanan hamba meneruskan hidup dengan misi tersebut...
ada la sedikit ilmu dan pengalaman yang hamba dapat....

kat sini hamba nak kongsi 3 tips yang tuan hamba saudara saudari boleh follow untuk mengurangkan pengambilan makanan.

1- Amalkan minum 2 gelas air kosong sebelum makan....
 Amat seksa gak pada permulaan... tahu la air kosong rasa apa... *bagi hamba la...
Reason dia senang jer... kita tipu perut kita.... perut akan hantar signal kenyang bila dia mengembang ataupun penuh.. so penuhkan la perut tu dengan air kosong dahulu... automatis makan pun sikit.
jangan rasa bersalah untuk tipu perut... itu tipu sunat namanya... hehehe
Add caption

2- Sila banyakkan pengambilan makanan berfiber tinggi. Makan la buah-buahan ke, roti whole wheat ke,Sayur salad ke... ape ape yang berfiber tinggi lah...macam hamba... makan buah ajer.. easy to get and sedap dimakan begitu saje...dimana jua. Yes ... buah-buahan lebih baik. Reason... makanan yang tinggi fiber ni mampu stay lebih lama kat perut tuan tuan hamba... jadi auomatisnya kenyangnya lebih lama... Insyaallah..
Tadi dah minum dua gelas air kan, makan makanan tinggi fiber. Fiber + air ... ia akan menjadi bahan makanan yang saling melengkapi.
Buah juga mengandungi lebih banyak air berbanding makanan lain... * buah freash ok.... jangan pulak hamba sebut buah, tuan hamba saudara saudari pergi makan buah jeruk atau pun buah yang dikeringkan... tak elok ok... dan tak sesedap mana pun kan...
Nampak pun sedapkan?

3- Yang ketiga ni selalu menjadi konflik... pada mulanya hamba start misi hamba... hamba pun turut konfius dan berpoco-poco dengan konflik...

" JANGAN AMBIL KARBOHIDRAT, AMBIL PROTEIN SAHAJA"

NO.... itu salah..... amatlah salah.pembetulan.. ayat nya sepatutnya begini

"KURANGKAN AMBIL KARBOHIDRAT, LEBIHKAN PROTEIN"

why? ini reason dia....

Apa fungsi karb? untuk bagi tenaga kat badan anda... kalau tak ambil, badan anda akan jadi letih. dan exercise atau aktiviti yang anda buat akan jadi sesuatu yang sia sia. yes.. anda akan kata... lemak kat badan tu la sepatutnya menjadi tenaga spare.. thats the reason why we cant eat carbs at all.. tahukah anda.. proses menukarkan lemak menjadi tenaga juga memerlukan tenaga... tats why carbs perlu juga diambil tetapi dalam amaun yang sedikit...
Yang saya amalkan.. ambillah Carbs sekali sehari pagi / siang ... sesenduk nasi sehari suda mencukupi.

Kenapa protein perlu diambil lebih / perlu....
untuk memenuhi keperluan badan dan juga protein juga membekal tenaga... tetapi proses penghadamannya lebih perlahan... itu akan membantu anda untuk dapat tenaga berpanjangan dan kenyang lebih lama. so... nafsu makan boleh dikawal.

dan janganlah ambil makanan dimalam hari.. seboleh bolehnya... makan lah buahan atau salad... jika lapar.
Malam kita bagi ruang untuk badan berehat...
Siang bakar lemak... malam rehat... seimbang.....

*bulan puase: sahur makan nasi, berbuka makan buah... terawih pun bertenaga .. cer try
Kurangkan Karbo....
Lebihkan Protein

Wallahuallam... itu dari ilmu dan pengalaman hamba yang sedikit cuma. 

~Selamat Mencuba~



Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

:) pengetahuan dari pengalaman.
dah bole jd pakar pemakanan ni.kalah budk sport sc mcm sy hihi ;)
che'pi said…
Miss Kelip2 :)
che'pi said…
Sarah Mohd Saleh: mana de... itu hanya pengalaman ciput sy je...
Cik Asma BLuppy said…
nice tips tapi xleh apply la coz underweight.. T.T
anismelon said…
16kg..wahhh..snenag nye..lelaki leh la..anis jarang makan nasik pon xturun2..sedih je..
aanie said…
berbuka mkn buah je? akak x blh rasanya...
16kg turun byk tu...
Aishah Zin said…
Peh. banyak turun 16kg tu. Ambo dulu rajin jgk nak diet. Rasa nak mati baru turun 5kg kalo xsilap. bila org tegur nampak seroh sikit gak terus make xingt dunia.naik smula berat asal.ish.xdek wawasan sungguh.heee
saya nak gem0k. any tips? ;)

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham... 

Semalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan...
ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental.
terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati.
lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis.
citernyer pasal orang kita sekarang.Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia'
tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku.


Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni.

tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh....
em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh.
korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu dah jadik trend sku…

Skim Baru Jururawat U29 ( SBPA )

SBPA.... Skim Baru Perkhidmatan Awam topik yang agak hangat dibicarakan di jabatan jabatan kerajaan... macam macam pendapat,macam macam pandangan. ade yang negatif ada juga yang positif. Bila dah dapat borang opsyen tu nanti... bacalah dan fahamilah sendiri. Pendapat saya sendiri. SBPA memang skim yang boleh dikatakan baik. biasalah... tiada apa pun disunia ini yang perfect pasti ada cacat celanya... dan itu pasti bukan janji akan diubah dan diperbaiki dari semasa ke semasa. ramai antara kakitangan kerajaan kini hanya menunggu respon akhir dari CEUPAC sebelum menurunkan tandatangan. Apa apa pun... takperlu gusar.tak perlu risau.
sebab saya seorang jururawat u29 kat sini saya ada lampirkan sekali skim untuk jururawat U29. sila la usha usha.... kenaikan gaji anda untuk skim baru ini....

Dia memberi hanya apa yang diperlukan