Skip to main content

Apa masalahnya?

emm.... bangun pagi ni...terus mandi dan gi breakfast kat kedai paling popular kat Kubang Kerian ni... Kedai Aziz...( pandangan aku ajew)
bila dah sampai kedai kopi... macam biasa surat khabar wakaf memang sedia ada kat meja untuk menemani dikala menyuap makanan mahupun minuman.
la ni.... banyak jerk berita pasal bini no 1 gaduh ngan bini no 2 ,anak rompak bapak, cucu bunuh atuk, suami tibai bini dan segala macam hal yang berkaitan kekeluargaan.
terpikir lak aku pagi pagi hari ni.apesal leh jadik gini?
mana poenyer nilai dan kasih sayang dalam keluarga?
dunia sekarang mendambakan kita mencari duit duit dan duit tuk hidup.pendapat aku... itulah puncanya.
si ayah kerja dari pagi sampai matahari terbenam.ibu pun sama.anak2 dari kecil lagi ditinggalkan dengan bibik atau pengasuh kat rumah asuhan.
kadang kadang.... si anak lebih sayangkan bibik dari parent diorang.
Tak hairanlah kalau ramai kaum hawa mengambil keputusan untuk jadi suri rumah tangga sepenuh masa.
itu yang terbaek.
tapi kesempitan hidup di dunia moden.akan jadik penghalang kepada niat murni tu.
penyelesaian?
Carik duit berpada pada.... Letakkan Agama dan keluarga didepan.Tiada gunanya kaya raya tetapi hidup tak bahagia.
*peringatan buat diriku sendiri...........


Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

hidup biar seimbang dunia dan akhirat.itu sebaiknya.

Popular posts from this blog

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana...

2013 till 2017

Sudah lama aku menyepi dalam penulisan blog. Selepas beristeri .... aku sibuk menjadi ketua keluarga yang baru dibina. ahh... itu hanya alasan. sebetulnya malas ..... mungkin juga kerana usia. Mungkin juga kerana ..... tak ada alasan lain selain malas. Insha Allah. jika diberi keizinan semangat ini terus kental. aku akan menyambung penulisan ntah apa apa aku disini.

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Apo lagi korunk tunggu... mari kita gegar... tekan ajow sini heh Dia memberi hanya apa yang diperlukan