Skip to main content

Pengalaman ku kesurupan

* AMARAN : Entri ini boleh membuatkan anda rasa tak berapa senang duduk terutama jika anda berseorangan di waktu malam hari.harap maklum.baca dengan risiko sendiri

Kesurupan......
Kalau tak silap aku la... kesurupan ni perkataan yang berasal dari Indonesia yang membawa maksud kerasukan.
ngeri la pulak.... memang pun....
hari ni rasa gatal nak bercerita pengalaman ku dirasuk dek makhluk halus durjana yang memang jadik hobi diorang mengacau anak anak ADAM.



kesah ni dah lama dah.kesah masa ku muda mudi dulu.
hari berkenaan, aku demam.macam biasa seorang manusia normal sepertiku akan mendengar nasihat doktor untuk berehat untuk memastikan demam aku nieh bertambah teruk. so... aku pun membuat keputusan untuk melabuhkan badan di rumah Atuk aku ( sekarang dah arwah... alfatihah)
jam menunjukkan jam 6 petang.aku still slumber bantai tido.almaklumla.demam....
tetiba...aku bangun dari tido.mata merah.muka agak pucat.dan berjalan keliling ruang tamu tanpa arah tuju.cousin aku and abahku tengah lepak area yang sama pun pelik la tengok aku.
cousin aku memberanikan diri tuk tegur aku. " ko pehal ni?tido jerk la...kan ko tak sihat"
bila abis jerk soalan tu... aku dengan sepantas kilat membalingkan sesuatu objek yang aku tak tahu dari mana datangnya kearah cousin aku.sib baik la dio sempat elak.
pastu...aku terus menuju kearah pintu dan ingin membukanya.abah aku and sepupuku yang mulai sedar yang aku ketika itu bukanlah aku..terus menerkam aku dan halang aku dari keluar rumah.
Mana tenaga aku dapat aku tak tahu...walau dipeluk dek abah n cousin ku yang agak kental badan, aku boleh meloloskan diri jugak....
aku berlari kedapur.....
didapur mama and auntie aku plak pegang aku.
time nie aku di pegang dan direbahkan............................
mama suruh aku mengucap mengingat Allah.tapi slumber aku jawab " mengucap tu ape? aku tak tahu..."
cousin aku segera memanggil atuk aku yang berada kat belakang umah sedang sibuk berkebun. ( atuk aku ni pandai bab ilmu2 entiti juga )
atuk aku terus ke dapur dan menyediakan beras kunyit.....kemudian dilemparkan kat badan aku sambil mengumat ngumit ayat ayat suci.

waktu tu...... aku baru la tersedar.bila ku buka mata ajerk.... aku pelik.tengok ramai orang keliling aku.dan suruh aku ingat Tuhan.Pergh..... rupa rupanya ku dirasuk dek makhlus halus durjana....

lepas dek peristiwa tu.... aku lebih berhati hati.tak nak dah aku tido disenja hari terutama time aku tak berapa nak sihat walafiat.tak nak wei..........................

* cerita ini diceritakan oleh cousin aku pada aku lepas aku tersedar.yer la... mana aku nak tahu jalan cerita kalau orang lain tak ceritakan,... aku kan tak sedar time tu....



Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

lady-D said…
perghhhh..ngeri..kwn dla pnh jd camtu..laktu asek panggil nm dla jer..hoh, mmg ngerilah..smpai xleh tido 1 rumah
Unknown said…
hehehhe.... bab panggil nama dla yang takleh tahan tu.... eeiiiiii....... heheheheh

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana