Skip to main content

REAKSI SEORANG SUAMI

Ku nak kongsi satu cerita.Mungkin cerita ini cerita rekaan, tetapi mesejnya mendalam.

En. Kasim,berumur 30tahun, seorang jurutera yang bejaya.Mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan manja.baru setahun mendirikan rumah tangga.
Kehidupan mereka bahagia.

Suatu hari,.. En. Kasim menerima panggilan telefon dari sebuah hospital menyatakan isteri beliau kemalangan teruk. Sebagai seorang suami,... beliau dengan segera ke hospital berkenaan.
Bila sampai sana,Isteri beliau sedang dirawat di Unit Kecemasan. beliau tak tenang duduk gelisah jua resah menunggu Doktor keluar dari bilik rawatan.
Bila doktor tu keluar;

En Kasim: " Bagaimana keadaan isteri saya doktor"

Doktor: "Jangan risau, En Kasim.Isteri anda selamat walaupun mengalami kemalangan yang teruk"

En Kasim: "Terima Kasih doktor" Sambil tersenyum lebar.Hilang rasa gundah gulana dalam hatinya.

Doktor: " Tapi, anda sesuatu yang harus saya beritahu kepada en Kasim"

En Kasim: " Apadia doktor?"Dahi en Kasim mula berkerut kembali.
Doktor: " Nyawa isteri en selamat.tetapi isteri encik akan cacat untuk selamanya.Isteri encik tidak mungkin boleh berjalan lagi.dia akan lumpuh"

En Kasim : " Doktor....bila dia akan pulih sepenuhnya doktor?"

Doktor: " Seperti saya katakan tadi, isteri encik lumpuh.Saya nasihatkan encik berhenti kerja."

Muka en kasim yang tadi lega dengan berita isterinya selamat, sekarang berubah menjadi muram.

En Kasim: " Kenapa doktor berkata begitu?"

Doktor: " encik kena jaga isteri encik sampai bila-bila.sebab isteri encik dah lumpuh.Enciklah yang harus memikul tanggungjawab.sebagai seorang suami.lepas ni, enciklah yg harus menyuap dia makan, memandikan dia, mencuci hadas dia, dan menguruskan segala keperluan  harian dia. Sudah tentu encik harus berhenti kerja untuk buat semua tu"

En Kasim mula berpeluh memikirkan masa depannya.Sedih pun ada.Takut pun ada.Bagaimana dengan masa depannya yang masih muda.bagaimana dengan kerjayanya.Tak tahu apa nak buat.Tanggungjawab dan masa depan menjadi dilema terbesar beliau.
En Kasim memandang muka doktor itu.tiba-tiba doktor tersenyum.en kasim hairan.

En Kasim: " kenapa doktor senyum?"

Doktor: " encik janganlah risau.saya hanya bergurau sebenarnya.yang sebenarnya isteri encik meninggal dunia.kami dah cuba sedaya upaya tetapi tidak berjaya.maafkan kami"

Selepas mendengar kata kata doktor.raut wajah encik kasim kembali lega.apa yang beliau fikirkan tentang masa depan dan kehidupannya tadi terus lenyap.beliau menerima akan pemergian isterinya dengan tenang.

Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

Axie04 said…
boleh ek cam tu
nak kene lempang dok tu
ke hasben die nak kene lempang
hehehehe
hoh.xpaham.motif doktor tu siap nk men gurau2 lagi?n hasben dia tu...???? lega???
lady-D said…
apakah???hrp jgn ada doc yg bergurau cam tu nt..husband dia pun sm..haddoi..
Unknown said…
@Axie
hehehe... bab doc tu tak salah.hanya nak uji reaksi seorang suami. si suami tu yg patut dilempang. bila dengar isteri cacat.. punya la risau... bila doc kata dah tiada.. leh lak lega.
Unknown said…
@kelipchumel
hehehehhehehe... itu la. realiti ke atau sekadar fantasi?
Unknown said…
@dla
ha'ah... sangat sengal mereka berdua tu... hahaha

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

Lama tak join segmen bro Ben........... Kali ni rasa cam menarik jerk.... lantas tak berfikir tuk kali kedua... ku joinkan ajer..... ku harapkan impaknya yang datang, impak yang baik. bukan untuk aku sorang... tapi untuk semua yang join segmen ni. Majulah blogger Malaysia untuk Negara S ebelum anda komen blog ku...ku nak bagitahu sikit info pasal blogku ini. Blog ku ni walau pun kalau dilihat pada surat kelahirannya,... memang ianya berusia lebih dari setahun.... dulu.... tak beridea, tak mempunyai masa, tak mempunyai kreativiti atau malas nak update or insert entri entri kat blog. Niat mempunyai blog pada dasarnya, aku nak jadikan ruang untuk aku menulis apa saja yang aku mahu. Tak bertema. Dari pendapat, luahan, info dan juga pengalaman aku. ku selitkan disini. untuk peringatan aku dan jua sesiapa yang sudi melawat dan membacanya. Tulisan aku memang ku akui... tak lah menarik. Kalau tengok result SPM aku pun.. aku dapat 5C ajer. Jangan terkejut. Aku memang seorang ana