Amaran: Entri ni mengandungi unsur unsur EMO EMO EMO dan EMO jua EMO
Semalam.... balik kerja penat2.
dah la hujan.biker cam aku ni memang basah kuyup kalau gagahkan diri jua tuju rumahku syurgaku.
lalu... slumber ku singgah kedai kopi walau maghrib dah nak kunjung tiba.( ini citer semalam )
ku helo helo member tuk temaniku minum kopi ginseng.maka beliau pun tiba.
duk borak nyer borak. tetiba timbul citer,..
Pasal Multi-Tasking
Ape kebenda tu?.... mesti korunk leh agak kan?
pasal kerja...... majikan menggalakkan.... sekali lagi diulang menggalakkan... kakitangan buat kerja2 multi tasking ni.. iaitu buat kerja lain selain kerja hakiki yang ada tertulis dalam job description anda.
maknanya kalau aku ni jururawat,... aku digalakkan la buat kerja2 lain yang agak2 tak berkaitan ngan profession aku tu. macam... buat kerja menghias, buat kerja2 ala kerani, tukar bulp lampu terbakar, tolong buat kerja boss dan sebagainya la.yang selain kerja misi la kan.
lepas direnungkan dan dibincangkan. Multi-Tasking ni cam banyak keburukan dari kebaikan.
ku cerita kebaikan:
1- Seronok sebab ko akan rasa diri ko hebat, boleh buat segala benda.2- Rasa syok habis, kena puji melambung dek rakan setugas dan boss sebab giler rajin.
3- Markah tahunan ko,... tinggi melambung.Kalau kerje swasta mau dapat bonus 2 tahun gaji.
4- Dihormati dan dipandang tinggi oleh majikan jua rakan.
5- Paling berguna bila ko dapat belajar benda benda baru sekaligus menjadikan ko makhluk yang berpengetahuan dan berpengalaman tinggi dan luas.Respect siap tabik spring toing toing lagi weii.....
ku cerita pulop keburukan:
1- seronok kejap jerk.pastu mula la rasa malas jua penat.giler ko nak buat kerja cam mesin.itu kena buat, ini kena buat.gaji serupa jerk.ciput.2- syok jap jerk.pastu saper nak puji ko lagi.puji ni lama lama leh jadi buli.puji buli... dekat jerk.bila bila masa leh tukar.
3- memula... memang la tinggi mark ko.bila lama... bila ko dah mula rasa malas jua penat.kerja dah tak berapa nak ikhlas.menjunam la mark ko.silap silap kena potong gaji ko.
4- dah jadi cam gitu.sapa nak hormat ko.toksah mimpi la weii
5- yang bab pengetahuan ni.. memang bagus.untuk diri ko.tapi guna dan tunjukkan ditempat yg sepatutnya.
6- bila ko dah lama buat Multi - tasking... boss and rakan... dah anggap cam benda alahtu kerja hakiki ko.dulu buat kena puji.rajin benor.bukan kerj ako pun ko buat.bagus benor.mulia hatimu. tapi dah lama buat.... tetiba tak buat, atau de silap sikit.... nah hambik ko... kena marah, kena kutuk kaw kaw, belakang orang duk mengata pot pet pot pet, soh seh soh seh... gila ko nak tahan.panas membara.tapi apakan dayakan.telan ajow la.karunk kena buang kerjo .. naya babe.
7- bilo kerja itu macam.ikhlas... memang tak ikhlas langsung.aku berani potong kuku ibu jari kakiku kalau ko ikhlas lau dah jadi cam gitu.Mana nak dapat keberkatan jua pahala.dosa jua yang bertambah.
8- bab gaji.... bila dah prestasi hampeh dek kerna keikhlasn takderk... maka markah sikit.so.. gaji pun.. gaji pokok jerk la.buah buah pucuk jua bunga takderk la harapan.ko stay la gaji ko tu sampai pencen.itu pun lau tak kena buang kerja.
nak dijadikan al-kisah.
harini... benda alah ni jadi kat aku.kerja yang kubuat yang asalnya hanya sebagai ehsan.telah dianggap leh bossku sebagai kerja hakiki.lalu dikata kata pada ku dibelakangku.walaupun ku tahu.ku buat derk jerk la.habis takkan aku nak lempang.aku kena jaga gak maruah keluarga aku.lantak ko la.dosa ko dapat.akhirat esok kita slow talk balik depan mahkamah agung.tahu la ko time tu.ko dah takder apa pun time tu kan.hanya DIA yang berkuasa.
banyak lagi lau nak citer.aku pun tak larat ngt nak naip ni.sebelum aku jadi tak ikhlas.baik aku blah... hehehhe
Dia memberi hanya apa yang diperlukan
Comments