Setiap insan, setiap manusia pasti ade dilemanyer tersendiri. unik dan peribadi.
Dilema bila berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan.
Dilema dalam cinta, dilema dalam kerja, dilema dalam tanggungjawab, dilema dalam macam macam bagai perkara.
Bila benda ni dah melanda, hati mula dup dap dup dap. fikiran kadang2 ok kadang kadang ko. melayang jauh ntah kemana.
tapikan dilema ni kan asam garam kehidupan. mana best kalau makan mee sup tanpa lauk pauk serta sayur. garam gula jangan lupa. kadang kadang ajinomoto pun taruk. walau tahu akan bahayanya... dimakan jua agar selera terbuka.
begitulah jua dilema dalam sebuah kehidupan. pasti nak ada barulah berwarna warni dunia.
Aku kini. setelah 6 bulan ditugaskan disini. setelah aku puas mencuba.setelah puas aku pujuk hati.setelah puas ku tahan. aku tak dapat nak ubah hakikat.hakikat bahawa hatiku tak dapat menerima tugas baru yang dipikul ditempat baru. bukan jiwaku disini.
Dah banyak benda aku belajar.dah banyak benda aku hafal.dah banyak cara aku buat.dah banyak guru aku refer. semata mata ingin menjadi nurse. semata mata nak jadi jururawat. jururawat yang menabur khidmat buat pakcik,makcik,abang,kakak,adik,bro,sister sekalian.
aku happy bila aku boleh berbual,boleh merawat,boleh menolong,boleh meneman, boleh jadi teman,boleh jadi kawan,boleh jadi abang,boleh jadi anak,boleh jadi orang yang mencetuskan senyuman di bibir mereka.
Itu satu kepuasan buatku. Walau pangkat ditawar, walau wang di sua, walau peluang diberi, walau apa pun jua dijanjikan. Kalau kerja yang dilakukan, tidak memberi kepuasan hati, tidak dapat memberi semangat di hati, tidak mengembirakan jiwa. Tiada gunanya.
Aku still takleh sesuaikan diri disini. aku dahagakan suasana kerja yang dulu.
tolong aku.
Dia memberi hanya apa yang diperlukan
Comments