Skip to main content

Jururawat


Jururawat.
Bila disebut pasal jururawat. Apa yang akan melintas difikiran anda.
jujur... dan ikhlas....
apa yang anda bayangkan....?

Pandangan aku mungkin berbeza kerna ibuku seorang jururawat.
Dari kecil, aku suka mengikut ibuku ke hospital.
Semacam aku tahu takdir aku disini.
Di hospital yang sama...

Terkejut dan terkedu,
Apabila seorang pelajar lepasan SPM berkata
" Taknaklah jadi Jururawat.... eiii gedik "
Jururawat sinonim dengan PERAMPAS

Aku tak nampak apa yang dikata.
aku kelu.

Cuba anda googling jap. Search image of nurse.
Pasti... terselit gambar2 bintang dewasa
dengan uniform nurse yang diubah suai
menggiurkan... seksi... geram...
Mungkin sebab itu?

Atau mungkin benar apa yang dikata.
gedik..... gatal....

aku rasa tidak.
Salah tu dik.....
Nurse...
Kami dilatih untuk menjadi insan yang peramah.
Peramah dan penyayang.
tetapi bila disalah ertikan.

tidak diamalkan.
lalu timbul pula.
Garang, bengis, kurang ajar dan segala...

Lalu?

Yang penting jangan melebelkan satu kerjaya
dek kerna segelintir manusia yang serong

Dia memberi hanya apa yang diperlukan

Comments

Cik Asma BLuppy said…
kalu sebut jururawat, mesti bayangkan jarum..
tkut!
hahaha=)
Unknown said…
jarum tu salah satu skill untuk membuat budak2 diam... hehehe

Popular posts from this blog

Walimatul Urus

UUUiiiii........ jangan silap paham. ini bukannyer jemputan atau hebahan daku nak kahwin.jangan la tersilap paham...  S emalam.... sedang duk termenung mengenangkan nasib diri dan merancang masa depan... ku godek godek la laman sesawang yang boleh mengubat hati lara.tuk cheer up dan menambah semangat diri yang tak berapa nak kental. terjumpa la satu artikel yang ditulis oleh sorang ustaz yang amatla ku hormati. lepas bes baca.... ku terpikir pikir.ada betulnya apa yang ditulis. citernyer pasal orang kita sekarang. Hang Tuah kata... 'takkan Melayu hilang didunia' tapi nampak gayanya..... secara perlahan lahan.tanpa kita sedari.itu berlaku. Walimatul urus <- cam kurang betul ejaan ku ni. tak kesahlah.... asal korunk paham sudoohh.... em... dunia kita laa ni, moden dan canggih babe. so jemputan ke majlis orang kahwin pun turut terkena tempias kemodenan tu heh. korunk mesti la pernah di tag kat facebook.jemputan ke majlis perkahwinan dari kawan kawan fb anda.itu

Happy Eid Mubarak

P esanan Jibril a.s buat Nabi saw.ketika hadirnya ramadhan jangan tinggal memohon maaf dengan 3 golongan 1- mohon maaf dari kedua ibu-bapa 2- mohon maaf sesama suami isteri 3- mohon maaf kepada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada disekeliling kita. Selamat berpuasa..... dan maafkan ku atas kesilapan zahir dan batin....... semoga kita semua dilindungi keberkatan Ramadhan Dia memberi hanya apa yang diperlukan

The Blue Empire

Assalamualaikum... banyak hutang sebenarnya ngn blog and dia jugak... tq for sabar menunggu Blue .... its about colour rite... kalau guna otak sempit kekuningan... maknanya lain... jangan guna otak tu aku suka kaler biru. kenapa aku suka? sebab bila biru je suka hati aku....asal biru je comey bagi aku. tapi tak bermakna la warna lain jadik huduh ok... and please jangan cuba cuba kaitkan warna biru ngn politik. aku berjiwa putih.... walau berdaftar tapi haram x pernah sekali pun gi mengundi. bahan bukti: kasut joggingku Kasut Futsalku Kereta kiutku ( kelly nama dia) kelang mimpiku - * pandang bahagian tengah sahaja.. tepi tepi sila ignore. bilik jantan. do not expect more ok :p Nak lagi ke? tak perlu da kut... cukup.... nanti gambar ntah ape ape yg kluar.... ok... maksud warna biru lebih kurang macam nilah: Warna Biru Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di sam